Saturday, January 30, 2010

Terbit dari hati murni ini untuk wujudkan TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN MPPFPI,.,demi membantu para sahabat yang menghadapi ujian,musibah, kesempitan dan pelbagai lagi,., sebelum itu, apa kata dan komen sahabat semua,setuju ke?

salam ukhwah fillah kepada semua warga FPI,.,
Tiada kata yang dapat saya ucapkan selain jutaan terima kasih di atas sokongan padu kalian. bermula sahabat terlibat dalam gerak kerja awal yang sentiasa bersama sehingga teman membuang undi. Momentum sokongan dari sahabat semua sungguh luar biasa mennyebabkan saya rasa amat terharu. Namun pemilihan ini bukanlah untuk membuatkan saya tersenyum, tetapi menjadikannya satu amanah serta tugas yang berat kepada saya. besar harapan saya untuk kita semua bekerjasama dalam apa jua keadaan demi fakulti yang kita sayangi ini.

dari mahasiswa untuk mahasiswa, demi Islam tercinta.